02 Februari 2016

Enhanced Vision System (EVS) Pada Pesawat A400M TUDM

02 Februari 2016


EVS pada pesawat A400M (image : MMP)

Thales telah dipilih oleh pihak Airbus Military membekal dan pasang Enhanced Vision System (EVS) untuk kapal terbang A400M pengangkut stategic milik TUDM.

Sistem EVS ini berhubung secara terus dengan head-up display (HUD) pesawat ini, yang mana EVS system akan gunakan infrared camera membantu juruterbang semasa pesawat di fasa berlepas, approach, landing dan taxiing walaupun dalam cuaca paling buruk.

Kamarul Azizi anggota TUDM dengan call sign sebagai Azroy berkongsi pengalaman beliau menaiki A400M Atlas dengan MMP. Menurut beliau, jika dibandingkan dengan C130H Charlie, bunyinya sangat smooth dan tidak sebising Charlie. Malah semasa taxiing dan semasa berlepas hanya dengar bunyi yang minima dan bunyi tersebut hilang terus selepas terbang. 

Kata beliau A400M landing dengan smooth dan dengan keluasan dan tinggi, pesawat ini mampu membawa sebuah AV8 Gempita dan sebuah Vamtac. Dalam situasi perang, empat A400M mampu membawa 4 Gempita dan 4 Vamtac bersenjata kemana-mana sahaja di Malaysia termasuk Sabah Sarawak.

Semasa penerbangan taktikal sistem EVS ini memaparkan extended pattern recognition, detection dan keupayaan pemantauan yang sangat berguna untuk pilot.

Sistem ini direka berdasarkan pengalaman Thales dalam membina forward-looking infrared (FLIR) systems untuk pesawat tentera, di mana EVS menawarkan keupayaan all-digital image-processing daripada sensor hinggalah projection pada paparan liquid-crystal head-up display. Ia memberikan keupayaan tahap tertinggi yang belum pernah digunakan pada sistem yang lain. 

Apabila pilot aktifkan forward-looking infrared enhanced vision system (EVS) camera, pemandangan hadapan dan muka bumi menjadi lebih jelas walaupun dalam kondisi low visibility. 

Malah semasa di uji di negara pengeluar, tingkap A400 telah ditutup sepenuhnya dengan kadbod dan hanya dengan berpandukan EVS imagery pada HUD pesawat ini boleh dikawal dengan mudah pada altitude yang rendah. Ini membuktikan kemampuan A400M TUDM mampu terbang dalam misi taktikal walaupun pada waktu malam atau dalam cuaca buruk.

(MMP)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar